suria

Anak mengadu sakit dubur bongkar guru liwat 21 murid, paling muda usia 8 tahun

Guru berkenaan didakwa telah meliwat 21 murid. -gambar hiasan

BERMULA seorang mangsa mengadu sakit di bahagian dubur, sekali gus membongkarkan kegiatan liwat seorang guru terhadap 21 kanak-kanak lelaki.

Polis Batang di Jawa Tengah, Indonesia mendedahkan kes gangguan seksual itu melibatkan kanak-kanak lelaki berusia 8 hingga 11 tahun.

Pelakunya merupakan pemuda berusia 28 tahun yang juga guru rebana (guru muzik) dari Kota Batang.

Polis Kasatreskrim Batang, AKP Yorisa Prabowo berkata, perbuatan liwat terhadap 21 kanak-kanak itu berlaku sejak tiga tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru agama dijatuhi hukuman mati selepas rogol, hamilkan 13 pelajar

Bagaimanapun, ia terbongkar selepas salah satu keluarga mangsa membuat laporan kepada polis.

"Sebenarnya pelaku telah dihadapkan ke mahkamah bersama keluarga mangsa untuk mengakui perbuatannya.

"Bagaimanapun, dia kembali melakukan perbuatan itu dan kali ini lebih banyak.

"Keluarga mangsa berang dan segera melaporkannya kepada polis," kata Yorisa pada Rabu.

Tambah beliau, suspek melakukan perbuatannya di beberapa lokasi iaitu di rumah tumpangan, pantai dan kawasan sawah.

"Pelaku memancing mangsa dengan menyediakan makanan ringan supaya mereka boleh diajak keluar.

"Daripada siasatan awal, tindakan terhadap mangsa adalah berbeza, ada yang diliwat, ada yang diraba," jelasnya lagi.

Pendedahan perbuatan terkutuk itu selepas salah seorang mangsa mengadu sakit di bahagian dubur.

Mangsa kemudian mendedahkan kepada ibu bapanya mengenai dirinya mengalami serangan seksual daripada guru berkenaan.

Hasil siasatan mendapati pelaku juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual sejak kecil. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain