suria

Terdesak nak kaya, 2 pelajar bunuh rakan! Terpengaruh iklan jual organ tawar ganjaran lumayan

Kaki mangsa diikat lalu dimasukkan dalam beg plastik hitam oleh pelaku.

DUA pelajar berumur 17 dan 14 tahun didapati bersalah membunuh Muhammad Fadli Sadewa, 11, kerana ‘tergoda’ dengan iklan.

Mangsa difahamkan hilang sejak Ahad dan berjaya ditemui dalam sebuah beg plastik hitam oleh pihak polis pada Selasa, di Pusat Pemeriksaan Pam Timur Nipa.

Insiden berlaku di Makassar, Indonesia.

Gambar suspek berumur 14 dan 17 tahun.

Muhammad Fadli dipercayai meninggal dunia akibat dicekik dari arah belakang dan kepalanya dihentakkan ke dinding sebanyak lima kali.

Pihak polis tempatan menyatakan kedua-dua suspek mengaku bersalah dan mereka melakukan jenayah itu kerana terpengaruh dengan ganjaran yang ditawarkan oleh iklan penjualan organ manusia di Internet.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah jual anak harga lebih RM20,000 ada ‘plot twist’, ibu tergamak iklankan dagang organ

Sebelum melakukan pembunuhan, suspek telah menawarkan upah sebanyak Rp50,000 (RM14) kepada Muhammad Fadli yang juga kenalan mereka untuk membersihkan rumahnya.

Kemudian, mangsa bersetuju dan terus menaiki motosikal milik remaja berusia 17 tahun itu di sebuah pasar mini di Jalan Batua Raya dan dibawa ke rumah suspek, sebelum diminta untuk tunggu sambil menonton laptop miliknya.

Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik Fakta Indo, Muhammad Fadli yang menaiki motosikal milik suspek sebelum dibawa lari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain