suria

Berang isteri tinggal di rumah mentua, lelaki nekad potong alat sulit sendiri!

Lelaki tersebut bertindak memotong kemaluannya kerana berang dengan isterinya. Gambar hiasan

SEORANG lelaki bertindak nekad memotong alat sulitnya sendiri selepas isterinya enggan pulang dan mahu tinggal di rumah ibu bapanya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan Rajni Nayanagar, Bihar pada Jumaat lalu.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Krishna Basuki, 25, tinggal serta bekerja di Mandi Punjab, dan dia pulang untuk melawat keluarganya di Rajni Nayanagar dua bulan lalu.

Namun isterinya, Anita, telah pergi ke rumah ibu bapanya di Goalpara dan menangguhkan kepulangannya.

Perkara tersebut menyebabkan Krishna naik angin lalu bertindak memotong alat sulitnya dengan senjata tajam.

Saudara Krishna yang menemuinya dalam keadaan berlumuran darah segera membawanya ke hospital.

Beberapa sumber mendakwa bapa kepada empat cahaya mata itu mengalami gangguan mental.

Seorang doktor memaklumkan Krishna kini sedang dirawat dan keadaannya tidak berbahaya. - Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain