suria

Lelaki gigit kepala ular peliharaan jiran, lepas geram selepas bergaduh

Lelaki bertindak ganas gigit kepala ular jiran ketika bergaduh. -Gambar hiasan

LELAKI didakwa menggigit kepala ular sawa peliharaan seorang wanita ketika dia berselisih faham dengan individu berkenaan.

Metro UK melaporkan, Kevin Justin Mayorga, 22, didakwa menggigit ular itu ketika bertengkar dengan seorang wanita di sebuah pangsapuri di Cutler Bay, Florida, Amerika Syarikat (AS), Isnin lalu.

Anggota polis yang dikejarkan ke tempat kejadian dekat kompleks pangsapuri berkenaan dilaporkan mendengar pertengkaran lelaki dan wanita.

Menurut laporan tangkapan yang diperoleh NBC Miami, wanita itu kedengaran menjerit kepada polis supaya menendang pintu.

Ketika pegawai cuba menceroboh masuk, Mayorga kelihatan berlari ke pintu untuk menghalang mereka daripada masuk, dan menahan wanita itu.

Polis meminta Mayorga menunjukkan tangannya dan keluar tetapi lelaki itu enggan.

Seorang daripada anggota polis kemudian menggunakan senjata perenjat (taser gun), namun tindakan itu tidak berjaya melemahkan suspek.

Lelaki itu kemudian menghayun tangannya dan ia menyebabkan gari terkena pada polis.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan tidak lama kemudian.

Di dalam pangsapuri itu, polis menemui seekor ular di sebelah pintu, yang mana sudah putus kepala.

Menurut laporan, wanita itu memberitahu polis Mayorga menggigit kepala ular sawa.

Status antara Mayorga dan wanita itu tidak jelas.

Susulan kejadian, Mayorga dituduh atas dakwaan bertindak kejam terhadap haiwan, mengurung secara salah dan melawan polis dengan cara keganasan.- Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Mengamuk, gaduh, gigit kepala ular, polis

Artikel Lain