suria

Jarak usia 18 tahun, pemuda ini tak kisah nikahi wanita lebih tua... Ada yang anggap macam ibu dan anak!

Pasangan itu menjadi perhatian selepas video mereka tular di TikTok.

MACAM ibu dengan anak.

Begitulah gambarannya mengenai kisah tular sorang pemuda berusia 32 tahun yang berkahwin dengan wanita berumur 50 tahun di Indonesia.

Kisah pasangan dengan jarak usia 18 tahun itu meraih perhatian ramai selepas video mereka dikongsi menerusi TikTok.

Menurut Evilia Shinta, dia berkahwin dengan suaminya, Masuwarto pada tahun 2018 dan kini menetap di Bakti Jaya, Tengerang Selatan.

Ujarnya lagi, dia dilahirkan pada tahun 1973, manakala suaminya pula dilahirkan pada 1991.

Mengulas video tular mereka, Evilia berkata ia dirakam secara suka-suka sahaja sebelum dia keluar bertemu rakannya, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia 20 tahun sudah kahwin 2 kali, janda Kuantan pilih suami baharu umur 70an... “Dia ada kereta, senang bawa Nik jalan-jalan”

"Video itu dirakam ketika saya nak keluar jumpa kawan. Terus saya tarik suami buat TikTok," ujar Evilia kepada Wolipop.

Menurut pasangan itu lagi, video mereka membuktikan bahawa cinta tidak pernah mengenal usia.

"Semoga jadi motivasi kepada yang menonton dan yakin bahawa jodoh itu rahsia Allah.

"Cinta tidak memandang usia. Beza 18 tahun baik-baik saja semua merestui kami. Mentua dan anak-anak saya pun merestui," kata Evilia lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain