SEORANG wanita berstatus isteri orang ditangkap polis selepas 'terkantoi' berkahwin buat kali ketiga dengan lelaki lain. Wanita yang dikenali sebagai YL, berusia 32 tahun, ditangkap selepas suaminya, AD, 42, membuat laporan kepada pihak polis. Menurut seorang pegawai polis, AD sakit hati dan merasa dikhianati kerana isterinya berkahwin lagi dan dilakukan secara rahsia tanpa persetujuannya. "Pelapor datang ke balai polis dengan bukti dan akta nikah. Dalam laporan itu, dia sakit hati dan merasa dikhianati kerana si isteri menikah lagi. "Bahkan pernikahan itu dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuannya diam-diam," kata polis berkenaan. YL didakwa berkahwin kali ketiga selepas menunjukkan dokumen perceraian dengan suaminya sedangkan mereka sudah berkahwin sejak tahun 2020 lagi. Malah, YL turut menunjukkan dokumen sehingga penghulu dan saksi yakin bahawa dia seorang janda. Setelah mendapat aduan AD, pihak polis menjalankan siasatan dan menahan YL di pusat tahanan polis Tulangbawang Barat, Sumatera, Indonesia. Akibat tindakananya itu, YL berkemungkinan berdepan hukuman penjara tujuh tahun. - Tribunjatim.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube