SEORANG pengetua sekolah meninggal dunia ketika bersama seorang guru wanita di sebuah bilik hotel. Lelaki berusia 50 tahun itu dan guru berusia 39 tahun disyaki menjalinkan hubungan sulit. Kejadian berlaku di sebuah hotel di Tulungagung, Jawa Timur di Indonesia, pada 24 Januari lalu. Kedua-dua mereka bertugas di sekolah yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: Ajal dalam bilik hotel, suami orang maut selepas hubungan intim dengan teman wanita Pasangan bukan suami isteri itu kemudian menginap di sebuah hotel. Beberapa jam kemudian pengetua tersebut tidak sedarkan diri dan sempat diberi bantuan pernafasan. Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak dapat diselamatkan dah disahkan meninggal dunia. Laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut. Berdasarkan keterangan guru wanita itu, mangsa tidak mengambil sebarang pil ketika melakukan hubungan intim. Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang atau/ haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube