suria

Pasar terima bawang sebagai duit bayaran, mahu bantu orang kurang berkemampuan

Barangan di pasar ini boleh dibeli menggunakan bawang. Foto: AFP

SEBUAH pasar raya di Filipina, kreatif dalam menarik orang ramai dengan menawarkan pembayaran menggunakan bawang.

Japan Home Center, sebuah kedai P88 yang popular di Filipina, menerima bawang sebagai bayaran untuk produk pilihan mereka.

Promosi tawaran ini hanya sah pada hari ini saja di cawangan Panay Avenue berhampiran Menara Victoria.

Pengguna boleh memilih sehingga tiga item untuk dibeli.

Sebiji bawang bersamaan dengan satu item.

Menurut jurucakap pusat itu, bawang yang dikumpul akan didermakan di pantri komuniti mereka.

Harga bawang melambung sehingga 800 peso (kira-kira RM63.49) sekilogram di beberapa kawasan di Metro Manila, pada musim cuti.

Pejabat Komunikasi Presiden dalam kenyataan akhbar berkata, harga bawang mungkin turun kepada 100 peso (kira-kira RM7.94) hingga 150 peso (kira-kira RM11.90) sekilogram.

Katanya, ia susulan bawang yang diimport, baru-baru ini, sudah tiba di negara ini.

Sebelum ini, suami isteri mengubah bawang itu menjadi jambangan bunga dan beberapa kru penerbangan menyeludup bawang ke negara itu. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain