suria

Lelaki dedah tabiat pengotor jiran... Curah air kencing, buang tuala wanita dari tingkap rumah

Lelaki tersebut merakam tingkah laku jelik jirannya yang gemar membuang bahan buangan dari tingkap.

SEORANG lelaki mendedahkan sikap pengotor jirannya yang gemar membuang cecair dipercayai air kencing dari cermin tingkap rumah pada setiap pagi.

Valiant Khong dari Tao Payoh, Singapura, mendedahkan sikap jelik jirannya itu di laman Facebook Complaint Singapore, sambil berkongsi klip video sebagai membuktikan dakwaannya.

Dalam video itu, seorang jiran dilihat menuang satu cawan cecair berwarna kekuningan yang dipercayai air kencing keluar dari tingkap sebuah unit blok kediaman tiga tingkat.

Tambah Valiant, antara bahan buangan yang sering dilontar dari tingkap termasuk puntung rokok, tuala wanita, tisu dan sisa makanan.

Valiant berkata, individu tersebut melakukan perbuatan itu setiap pagi di antara pukul 5 hingga 6 pagi.

"Terdapat kanak-kanak di kawasan kejiranan ini. Ia amat tidak bersih dan tidak sihat kebelakangan ini.

"Singapura merupakan sebuah negara maju di mata dunia. Justeru, kita perlu menghentikan pelaku daripada melakukan kesalahan yang sama.

"Saya menggesa pihak berkuasa supaya melakukan sesuatu," ujarnya.

Tambah Valiant, beberapa aduan telah dikemukakan kepada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEW) namun tiada sebarang tindakan dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, pihak berkuasa hanya mengeluarkan surat amaran dan enggan memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu. - Theindependent.sg

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain