suria

Pegawai penjara jalin hubungan dengan banduan lelaki... Kantoi seludup iPhone, dadah sebanyak 6 kali

McKenzie (kanan) ditangkap kerana menyeludup iPhone, dadah dan wang kepada seorang tahanan.

SEORANG wanita yang menjalin hubungan rapat dengan banduan kes bunuh telah dipenjara selepas dia ditangkap menyeludup dadah dan iPhone ke dalam penjara.

Heather McKenzie bekerja sebagai pegawai penjara di Penjara Shotts, Lanarkshire, Scotland, ketika dia bertemu dengan Zak Malavin.

Pembunuh itu kini menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas dia menikam Andrew Curran sehingga mati di Mary Hill Park, Glasgow pada 2010.

Walaupun sejarahnya yang mengerikan, McKenzie menjalin hubungan yang rapat dengannya sehingga dia sanggup menyeludup barang terlarang sebanyak enam kali buat banduan itu.

Akibat perbuatannya, dia telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun tiga bulan.

Selain dadah dan iPhone, McKenzie juga ditangkap kerana menyeludup wang tunai buat banduan berkenaan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain