JODOH tak mengenal usia atau rupa paras. Biarpun masih muda, wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Ana Amalia ini menerima jodohnya dengan seorang lelaki yang lebih berusia. Menurut si cantik manis itu, mereka berdua mula berkenalan pada tahun 2018 selepas diperkenalkan oleh ahli keluarganya sendiri. "Kami kenal pada tahun 2018, dijodohkan oleh orang tua. Saya sekarang berusia 27 tahun, manakala suami berusia 63 tahun," ujarnya ringkas ketika dihubungi Wollipop. Menerusi TikTok, wanita Sunda itu sempat mengimbas semula detik awal pernikahannya yang dianggap sebagai detik menyedihkan dalam hidupnya. "Dulu kami nikah tanpa senyuman pada tahun 2018, yang ada hanya tangisan. Seiring berjalannya waktu, Allah berikan kami kebahagiaan," ujarnya. Kisah perkahwinan dengan jarak umur 36 tahun itu menjadi perhatian ramai selepas Ana berkongsi video menerusi TikTok. Video yang memaparkan Ana dan suaminya memakai busana serba putih turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya terkejut dengan penyatuan mereka. "Kesian, muda-muda kahwin dengan orang tua. "MasyaAllah, respect dengan awak. Fikiran sangat matang. Kagum," tulis beberapa individu. - Detik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube