suria

Saintis terkemuka hasilkan vaksin Covid-19 ‘Sputnik V’ dibunuh, leher dijerut tali pinggang

Andrey Botikov maut dijerut oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran.

PIHAK berkuasa Rusia melancarkan siasatan selepas seorang saintis terkemuka yang membantu membangunkan vaksin Covid-19, Sputnik V dijerut dengan tali pinggang di pangsapurinya di Moscow, pada Khamis.

Andrey Botikov, pakar virologi berusia 47 tahun, adalah sebahagian daripada pasukan yang terdiri daripada 18 saintis yang membangunkan vaksin Sputnik V di Pusat Penyelidikan Nasional Gamaleya pada 2020.

Presiden Rusia Vladimir Putin memberi penghormatan kepada ahli virologi itu pada 2021 dengan anugerah 'Order of Merit for the Fatherland' atas usahanya dalam membangunkan vaksin Covid-19.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu, yang merupakan pihak berkuasa penyiasat di Rusia, mendedahkan bahawa kematian Botikov sedang disiasat sebagai kes pembunuhan.

Dilaporkan, suspek merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun, menjerut Botikov dengan tali pinggang ketika bertengkar dan melarikan diri.

Agensi penguatkuasa undang-undang berkata pembunuhan itu adalah jenayah domestik akibat konflik.

Suspek ditahan tidak lama selepas mayat Botikov ditemui, kata agensi penyiasat persekutuan dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, laporan media Rusia mendedahkan identiti suspek sebagai Alexei Z, yang sebelum ini menghabiskan 10 tahun di penjara kerana kesalahan berkaitan perkhidmatan seks. - Indiatimes.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain