suria

Wanita pilih berkahwin dengan diri sendiri, esoknya terus bercerai sebab tak tahan

Sofi bercerai hanya sehari selepas dia berkahwin dengan dirinya sendiri.

SEORANG wanita dikenali sebagai Sofi Maure menjadi perhatian ramai selepas dia berkahwin dengan dirinya sendiri.

Bulan lalu, Sofi yang juga wanita berasal dari Argentina mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan walaupun tanpa pasangan.

Dalam foto yang dimuat naik, wanita itu menggayakan busana rona putih dan turut membeli kek perkahwinan untuk dirinya.

"Hari ini adalah hari paling pelik dalam hidup saya, saya membeli gaun pengantin dan memotong kek perkahwinan untuk berkahwin dengan diri sendiri," tulisnya.

Ketika mengumumkannya di Instagram, 'perkahwinan' Sofi menjadi perbualan kerana dia dianggap hanya mahukan perhatian.

Keesokan harinya, dia tampil berkongsi perkembangan terbaharu tentang keretakan yang berlaku dalam 'rumah tangganya' itu.

Hanya sehari selepas membuat komitmen terhadap dirinya, dia mengaku tidak tahan lagi dan mengambil keputusan untuk bercerai. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain