suria

Tersalah pilih jurusolek, wajah pengantin perempuan membengkak tiba-tiba hingga terpaksa batalkan majlis perkahwinan

Pengantin ini terpaksa dikejarkan ke hospital kerana wajahnya membengkak secara tiba-tiba.

GARA-GARA tersalah memilih jurusolek, seorang pengantin perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana wajahnya membengkak secara tiba-tiba.

Dilaporkan, majlis perkahwinan pengantin dari India itu sepatutnya berlangsung pada 27 Februari lalu.

Namun disebabkan keadaan yang tidak dijangka itu, majlisnya terpaksa dibatalkan atas permintaan pengantin lelaki.

Memetik laporan media tempatan, pengantin perempuan itu mengupah seorang jurusolek dari Ganga Herbal Beauty Parlor and Spa di Arasikere.

Jurusolek tersebut dikatakan memperkenalkan teknik solek terkini iaitu 'solekan stim' (steam makeup) kepada pengantin perempuan.

Dakwanya, teknik solekan tersebut lebih berkesan.

Tanpa berfikir panjang, pengantin perempuan bersetuju dengan cadangan jurusolek berkenaan kerana mahu tampil jelita pada hari bahagianya.

Namun tanpa disangka, selepas disolek, wajah pengantin mulai berubah menjadi lebam dan membengkak.

Malah pengantin lelaki dan keluarganya turut terkejut dan panik melihat situasi tersebut, lantas meminta majlis perkahwinan pada hari tersebut dibatalkan.

Dilaporkan, pasangan berkenaan menangguhkan majlis ke tarikh yang lain selepas wajah pengantin perempuan pulih. - Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain