suria

Wanita dibakar anak tiri gara-gara enggan beri duit... Akhirnya maut selepas beberapa hari dirawat

Mangsa akhirnya maut kerana mengalami lecur 95 peratus pada tubuh badannya.

SEORANG wanita maut selepas dibakar hidup-hidup oleh anak tirinya, dalam satu kejadian di Desa Saluksuk, Sumatera Utara, Indonesia.

Mangsa yang dikenali sebagai Rosdiana Simatupang, 48, dikatakan dibakar oleh anak tirinya, Dedi Situngkir, 30, ketika sedang tidur dalam pondok di dusun durian milik keluarganya.

Dipercayai, motif pembunuhan adalah disebabkan mangsa tidak memberikan wang sebagaimana yang diminta suspek.

Menurut penduduk kampung, suspek sering mengugut ibu tiri dan bapanya dengan sebilah pisau.

Tambah mereka, sebelum kejadian, mereka terdengar pertengkaran antara dua beranak berkenaan.

Mangsa dirawat selama beberapa hari di hospital namun akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 5 Mac lalu.

Menurut doktor, mangsa maut selepas hampir 95 peratus anggota tubuhnya melecur. - Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain