PIHAK berkuasa Aceh Selatan menahan lima pasangan kekasih yang sedang asyik berasmara dalam pondok di sebuah gerai di Desa Gunung Kerambil. Dalam serbuan tersebut, mereka turut menemui kondom yang sudah digunakan. Menurut salah seorang pegawai, Rudi Subrita, difahamkan pondok tersebut sengaja disediakan khas untuk pasangan melakukan maksiat. Selain lima pasangan berkenaan, pemilik gerai juga turut ditahan kerana menyediakan 'pondok maksiat'. Lima pasangan tersebut berasal dari Aceh Selatan dan Aceh Barat Daya. Mereka didakwa kerana melanggar undang-undang jenayah syariah Islam Aceh (Qanun Aceh). - Tribunnews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube