suria

Bapa, anak gadis jalin hubungan intim hingga lahirkan bayi... Kes sumbang mahram berakhir dengan pembunuhan tragis

Katie dan bapanya menjalinkan hubungan intim bermula 2016.

KES sumbang mahram sering kali dipaparkan di media untuk dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran kepada masyarakat.

Namun, kes sumbang mahram yang berlaku di North Carolina, Amerika Syarikat (AS) boleh dikatakan antara yang paling luar biasa pernah dilaporkan.

Kes tersebut yang berlaku sekitar April 2018 mendapat liputan hangat daripada media apatah lagi ia turut melibatkan kes pembunuhan.

Kronologi kisah ini bermula apabila lelaki bernama Steven Pladl menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang dikenalinya di internet, Alyssa Garcia, pada 1995.

Pada 1998, Alyssa melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Denise.

Alyssa mendakwa Steven seorang lelaki yang panas baran di mana dia dan Denise sering menjadi mangsa untuk melepaskan geram.

Bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk, Denise diserahkan kepada sebuah keluarga angkat iaitu Anthony dan Kelly Fusco di Dutches, New York. Nama Denise ditukarkan kepada Katie Fusco ketika di bawah jagaan pasangan tersebut.

Pada 2016 ketika Katie (Denise) berusia 18 tahun, dia mula menjejaki keluarga kandungnya menerusi internet dan berjaya menemui Steven dan Alyssa.

Ketika Katie mencecah usia 18 tahun (2016), dia mula ingin tahu mengenai keluarga kandungnya. Dia akhirnya berjaya menjejaki Alyssa dan Steven menerusi media sosial.

Katie kemudian tinggal bersama ibu dan bapa kandungnya bersama dua lagi adik perempuannya di Virginia.

Di sinilah segala-galanya bermula di mana Katie dan bapanya mula tidur bersama sehingga akhirnya gadis tersebut hamil.

Ibu Katie membuat laporan polis mengenai perkara tersebut namun tiada sebarang penangkapan dibuat.

Katie dan Steven kemudian berpindah sebelum mereka berkahwin pada Julai 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Bennet hasil hubungan dengan bapanya.

Mereka kemudian ditangkap kerana sumbang mahram pada Januari 2018 namun kemudian dibebaskan. Pasangan ini bagaimanapun membawa haluan masing-masing dan Bennet dijaga oleh ibu Steven.

Pada April 2018, Steven membunuh Bennet yang berusia 7 bulan dan meninggalkan mayatnya di dalam almari baju.

Dari North Carolina, dia menuju ke New York untuk bertemu dengan Katie sebelum melihat wanita tersebut keluar bersama bapa angkatnya.

Steven mengekori kenderaan yang dinaiki Katie dan bapa angkatnya sebelum bertindak menembak kedua-duanya sehingga mati di sebatang jalan.

Lelaki itu kemudian menembak mati dirinya sendiri.

Kisah tragis tersebut masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini meskipun sudah berlalu hampir lima tahun. - Truecasefiles

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain