suria

Wanita didakwa cabul 17 budak lelaki, guna air mani palsu perangkap mangsa kononnya dirogol

Seorang wanita didakwa mencabul 17 mangsa berusia antara lapan dan 15 tahun.

SEORANG wanita yang didakwa mencabul 17 budak lelaki, dilaporkan menggunakan air mani palsu bagi memerangkap mangsa kononnya dirinya dirogol.

Wanita berusia 25 tahun di Indonesia itu memperdaya mangsa untuk datang ke rumahnya dengan perniagaannya menyewa permainan video PlayStation.

Menurut laporan dia kemudian akan mencabul mangsa-mangsa yang berusia antara lapan hingga 15 tahun.

Polis berkata, wanita itu mendakwa lapan budak daripadanya telah merogolnya.

Memetik laporan Coconut, dia menunjukkan kesan cakar kepada polis, dan mendakwa ia berlaku ketika dirogol.

Malah, dia juga dilaporkan memberi sampel air mani yang dikatakan daripada budak-budak tersebut, kepada pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 3 dekad buat kerja jijik, sasar kanak-kanak perempuan dan budak autistik... Pemandu bas pedofilia usia 68 tahun akhirnya dipenjara

Polis dalam satu kenyataan bagaimanapun mendedahkan bahawa sampel tersebut bukan air mani.

"Sampel air mani yang diperoleh daripada dia bukan air mani (budak-budak lelaki).

"Ia adalah cecair yang lain, sebagaimana yang disahkan oleh pakar (yang menganalisis sampel)," kata Ketua Polis Jambi, Eko Wahyudi.

Menurut polis lagi, kesan cakar pada badan suspek dilakukannya sendiri.

Laporan sebelum ini menyebut dua daripada kanak-kanak lelaki berusia 12 dan 14 tahun itu sebenarnya dipaksa oleh wanita itu untuk melakukan hubungan seks.

"Suspek akan memaksa mangsa menonton video lucah di dalam telefon bimbit mereka terlebih dahulu,” menurut laporan Pojoksatua.

Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya.

Coconut turut melaporkan satu pertuduhan mencabul kanak-kanak boleh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun di Indonesia. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube