suria

Dipeluk dan diraba bergilir-gilir! Pelancong Jepun dicabul ketika sambut festival Holi

Seorang pelancong wanita Jepun dicabul enam lelaki ketika menyambut Festival Holi di India.

PERAYAAN Holi adalah salah satu sambutan penting bagi penganut Hindu di India yang diraikan pada 8 Mac 2023 lalu.

Acara penuh warna warni itu turut disertai ramai pelancong asing yang ingin turut sama merasai kemeriahannya.

Namun lain pula situasinya bagi seorang wanita dari Jepun apabila dia dibuli dan dikasari sekumpulan lelaki tempatan.

Video kejadian gangguan seksual terhadap wanita itu tular selepas dikongsikan di akaun Twitter @namidanamat.

Kumpulan lelaki berkenaan dilihat bergilir-gilir melumur pewarna. meraba tubuh selain memecahkan telur di kepala wanita malang berkenaan.

"Selamat Holi," kata kumpulan lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nafsu serakah rogol 2 anak kandung, kecewa isteri tak layan kerana ‘datang bulan’

"Sakit, sakit," jerit wanita itu.

Kejadian ini dikatakan berlaku di daerah Paharganj, India dan mencetuskan kemarahan rakyat negara itu sehingga mendapat perhatian aktivis wanita Delhi, Swati Maliwal yang menganggap insiden ini sebagai kes serius.

"Video memalukan ini tular di media sosial dan menunjukkan gangguan seksual yang dialami oleh pelancong ketika perayaan Holi!

"Saya mengeluarkan notis kepada polis Delhi untuk memeriksa video ini dan menangkap pelakunya! Tingkah laku yang memalukan!," kata Swati Maliwal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain