suria

30 individu berhimpun secara aman, buat aktiviti berbasikal dalam keadaan separuh bogel

Aktiviti itu dibuat demi menyatakan kebimbangan tentang keselamatan aktiviti berbasikal di Brazil. Foto:Isaac Fontana/EPA-EFE/REX/Shutterstock.

SEKUMPULAN individu di Brazil mencuri perhatian ramai apabila mereka berhimpun secara aman dan melakukan aktiviti berbasikal dalam keadaan separuh bogel.

Bertempat di Paulista Boulevard, Sao Paolo, 30 individu mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan aktiviti berbasikal.

Malah, himpunan itu juga bertujuan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai risiko yang dihadapi oleh pengguna basikal di bandar berkenaan setiap hari.

Tidak semua peserta tampil dalam keadaan separuh bogel, sebaliknya masih ada peserta yang berpakaian sopan dalam acara berkenaan.

Jurugambar Allis Bezerra, 41, yang terlibat dalam acara itu berkata, kumpulan berbasikal di Brazil sering berdepan dengan isu keselamatan.

"Kami berbogel di salah satu jalan terbesar di Amerika Latin, menunjukkan bahawa kami terdedah kepada kuasa dan keganasan kereta.

"Pergerakan ini menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya kami. Dengan menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan, kita membawa kereta keluar dari jalan yang akan mencemarkan alam sekitar," ujarnya kepada AFP.

Untuk rekod, Persatuan Perubatan Trafik Brazil melaporkan pada Jun 2022 bahawa purata 44 kejadian melibatkan basikal telah berlaku di jalan raya negara itu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain