SEORANG juruterbang British Airways (BA) meninggal dunia di sebuah hotel di Kaherah, Mesir sebelum dia sepatutnya menerbangkan pesawat ke London. Difahamkan, juruterbang yang tidak dinamakan itu mengalami serangan jantung ketika berada di bilik hotel sebelum penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Juruterbang tersebut sempat keluar dari bilik hotelnya ke ruang legar, di mana rakan sekerjanya kemudian melakukan bantuan pernafasan (CPR). Bagaimanapun cubaan tersebut gagal, dan dia meninggal dunia tidak lama kemudian. Difahamkan juruterbang itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Penerbangan ke London terpaksa ditangguhkan oleh syarikat penerbangan disebabkan situasi tidak dijangka itu. - Dailystar Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube