suria

Bapa nafsu serakah rogol 2 anak kandung, kecewa isteri tak layan kerana ‘datang bulan’

Seorang bapa tergamak merogol dua anak kandungnya. -gambar hiasan

SEORANG bapa tergamak merogol dua anak kandung yang masih di bawah umur.

Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu di bawah pengaruh alkohol, ketika isterinya berada di rumah.

Kejadian berlaku di Pringsewu di Sumatera, Indonesia.

Ketua polis Pringsewu, Iptu Hasbulloh berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di rumahnya, pada Jumaat.

Menurut Hasbulloh, bapa kandung melakukan perbuatan itu terhadap anak-anaknya pada Oktober 2019 dan November 2022, di rumahnya sendiri.

"Kedua-dua mangsa adalah anak-anak suspek, berusia 14 dan 12 tahun, masing-masing merupakan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah," katanya, pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki perkosa anak tiri hingga hamil gara-gara isteri enggan layan nafsu serakah... Mangsa terpaksa akur bimbang dibunuh

Mengulas lanjut, katanya, pendedahan kes itu bermula apabila ibu saudara mangsa curiga melihat tingkah laku pelik kedua-dua mangsa.

"Pada awalnya kedua-dua mangsa tidak mengaku, tetapi selepas didesak akhirnya mereka memberitahu mengenai apa yang berlaku," kata Hasbulloh.

Susulan pendedahan itu, ibu saudara mangsa memaklumkan kepada ibu mangsa sebelum membuat laporan polis.

Selain di bawah pengaruh alkohol, Hasbulloh berkata, suspek melakukan perbuatan itu terhadap dua anak perempuannya kerana isterinya sedang haid.

"Disebabkan isteri tak dapat melayan, akhirnya suspek melampiaskannya pada anak-anak," katanya.

Suspek didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak, yang boleh membawa hukuman penjara 15 tahun jika disabit bersalah.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Oke News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain