suria

Tragis! Gara-gara tegur lelaki mabuk berborak kuat di telefon, wanita maut ditikam

Kejadian tragis di mana seorang wanita ditikam oleh seorang lelaki mabuk.

SEORANG wanita maut ditikam selepas dia bertindak berani menegur seorang lelaki mabuk yang sedang bercakap dengan kuat di telefon bimbit.

Dalam kejadian 4 Mac lalu, Fabills Felipe de Almeida baru sahaja selesai bekerja di sebuah kedai apabila dia singgah untuk bertemu rakan-rakannya di bar sebuah stesen minyak berhampiran di Kota Fortaleza, Ceará, Brazil.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Fabills dilihat berjalan laju ke arah seorang lelaki berhampirannya dan dia memarahi lelaki berkenaan.

Dia kemudian dilihat menampar lelaki tersebut pada bahagian muka.

Namun tanpa disangka, lelaki berkenaan yang memegang pisau dengan tangan kanan tidak semena-mena terus menikam dada Fabills.

Sejurus ditikam, Fabills yang berlumuran darah dilihat masih berdiri namun dia dibantu oleh seorang lelaki. Dia kemudian dikejarkan ke hospital.

Fabills yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, bagaimanapun meninggal dunia di hospital dua hari selepas menerima rawatan.

Suspek, Eberson de Oliveira, 51, ditangkap polis pada 9 Mac kerana didakwa melakukan pembunuhan. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain