suria

Beijing dilanda ‘hujan cacing’, penduduk terpaksa guna payung!

Kereta yang diparkir dilitupi cacing.

SEBUAH video yang tular di media sosial memaparkan kejadian aneh yang dipercayai berlaku Beijing, di mana kota itu dilanda 'hujan cacing'.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, kelihatan kereta yang diparkir dilitupi dengan haiwan berkenaan.

"Hujan cacing melanda Beijing," demikian kapsyen yang mengiringi video berkenaan.

Turut kelihatan, beberapa orang yang melalui kawasan tersebut turut menggunakan payung untuk mengelakkan ditimpa 'hujan aneh' berkenaan.

Pihak berkuasa China masih belum membuat kenyataan mengenai sebab di sebalik fenomena aneh itu.

Namun para warga maya tampil dengan pelbagai teori berhubung fenomena aneh berkenaan.

Ada yang mengatakan ia sebenarnya bunga poplar yang gugur dan menyerupai bentuk seperti ulat.

Sementara itu, ada yang berpendapat cacing tersebut 'diterbangkan' angin kencang. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain