PERBUATAN seorang bapa tiri mencabul pasangan kembar berusia lima tahun berulang kali akhirnya terbongkar. Menurut anggota Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Wilayah Asahan, ia mula diketahui apabila ahli keluarga menyedari kelakuan salah seorang mangsa sangat mencurigakan. Berikutan kes yang berlaku di Sumatera, Indonesia, mangsa mengadu berasa sakit di bahagian kemaluan ketika membuang air kecil. Apabila ditanya mengenai kesakitan dialami, kanak-kanak tersebut mendedahkan perbuatan bapa tirinya yang tidak berhati perut. Difahamkan, suspek tinggal serumah dan baru setahun setengah berkahwin dengan ibu mangsa. Menurut penjelasan keluarga, suspek sering mengambil minuman keras hingga mabuk dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Ketika ditanya, hanya seorang daripada pasangan kembar ini mengaku dicabul. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kedua-duanya pernah diperlakukan dengan perkara sama oleh bapa tiri. Pihak berkuasa memburu suspek kerana dikhuatiri akan melarikan diri setelah mengetahui perbuatannya dilaporkan. Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya. - DETIK Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube