suria

Baru 16 bulan tapi berat badan 27kg! Rupanya diberi minum susu pekat manis, ibu tak mampu beli susu formula

Bayi bernama Muhamad Kenzie Alfaro yang mempunyai berat badan 27kg pada usia 16 bulan.

KECOH di media sosial mengenai kisah seorang bayi bernama Muhamad Kenzie Alfaro yang mengalami obesiti kerana ibunya memberi minum susu pekat manis.

Bayi berusia 16 bulan itu diberi susu pekat manis oleh ibunya kerana harganya yang murah, ekoran tidak mampu membeli susu formula khusus untuk bayi.

Akibat kerap diberi susu pekat manis, bayi tersebut kini mempunyai berat 27 kilogram (kg).

Bayi yang berasal dari Bekasi, Indonesia itu juga dilaporkan dirujuk ke beberapa hospital kerana situasinya yang tidak normal untuk bayi seusianya.

Ramai ibu bapa memberikan susu pekat manis kepada anak kecil kerana dianggap sama dengan susu formula.

Masih wujud salah faham yang berlarutan dalam masyarakat bahawa susu pekat manis adalah produk tenusu yang menyihatkan kanak-kanak.

Lebih-lebih lagi ia murah, mudah disimpan dan tahan lama. - Tribunnews.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain