suria

Suami menyesal bakar isteri akibat cemburu, mangsa hanya sempat bertuala

Suspek menangis memberitahu kepada wartawan bahawa dia menyesal dengan apa dilakukannya.

SEORANG lelaki di Thailand bertindak kejam membunuh isterinya dengan membakar dan menikam mangsa berulang kali atas dasar cemburu.

Ketika kejadian, mangsa, Natthanan Joomfong dikatakan hanya memakai tuala dilihat berlari keluar dari trak pikap yang dipandu suaminya, Pisutsiri Chansoda, bagi meminta bantuan penduduk tempatan.

Suspek kemudian bertindak agresif dengan mengejar dan mengheret mangsa serta memberi amaran kepada penduduk supaya tidak mencampuri urusan rumah tangganya.

Susulan kejadian, suspek menyiram mangsa dengan cecair pemetik api dan menyalakannya lalu menyebabkan mangsa terbakar.

Mangsa kemudian terjun ke dalam sebuah kolam untuk memadamkan api tetapi suspek mengikutnya lalu menikamnya berulang kali sehingga mati sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek berusia 42 tahun itu ketika dia cuba untuk membunuh diri.

Senjata yang digunakan iaitu pisau untuk membunuh mangsa turut dirampas sebagai bahan bukti.

Ketika dalam perjalanan ke balai polis, suspek menangis memberitahu kepada pemberita bahawa dia menyesal dengan apa dilakukannya dan mengakui amat menyayangi isterinya.

Sebagai peringatan, tindakan lelaki ini adalah salah disisi undang-undang dan semua pihak perlu menjauhinya.

Suspek berdepan dua pertuduhan iaitu membunuh dengan sengaja yang boleh membawa hukuman mati, penjara seumur hidup, atau penjara 15 hingga 20 tahun.

Manakala pertuduhan kedua iaitu membawa senjata ke tempat awam tanpa sebab yang munasabah akan didenda sehingga 1000 baht (RM130). -THAIGER

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain