suria

Kecoh transgender panjat tiang bendera, selamba tayang payudara... polis cuba pujuk turun

Seorang transgender memanjat tiang bendera di hadapan balai polis. foto ทิวากร กฤษมณี via Facebook เรารักพัทยา

POLIS menahan seorang transgender yang bertindak memanjat sebatang tiang bendera dan mendedahkan payudaranya di hadapan sebuah balai polis.

Kejadian berlaku di Balai Polis Pattaya di Pattaya, Thailand, pada Ahad malam.

Dilaporkan, transgender itu mengalami masalah kesihatan mental dan pernah ditahan sebelum ini kerana mencuri.

Pegawai dari Balai Polis Mueang Pattaya melaporkan bahawa transgender itu memanjat tiang setinggi 1.5 meter di hadapan sekumpulan anggota.

ARTIKEL BERKAITAN: Model dihujani ugutan bunuh gara-gara rakam tayang payudara luar gereja

Dia kemudian berdiri pada tiang, menarik bahagian atas baju sehingga mendedahkan payudaranya, sebelum menjerit kepada orang ramai.

Anggota polis cuba memujuknya supaya turun dari tiang berkenaan.

Dia bagaimanapun enggan sebelum anggota menahannya dan dibawa ke balai polis untuk soal siasat.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja tidak sopan, malah salah dari segi undang-undang, maka semua pihak perlu menjauhinya.

Mengikut Seksyen 397 Undang-undang Jenayah, transgender itu boleh berdepan denda sehingga 5,000 baht (RM650) kerana mengganggu, menyebabkan kehinaan atau mengganggu orang lain di khalayak ramai. - thethaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain