suria

Nak main air depan rumah jiran bongkar perbuatan terkutuk, rupanya 2 anak kena cabul

Jaka (hadapan, dua kanan) bersama suspek (hadapan, dua kiri) pada sidang media. foto Kompas.com/ Tresno Setiadi

JIRAN durjana! Polis menahan seorang pemuda kerana disyaki mencabul dua anak jiran yang masih di bawah umur.

Kejadian berlaku di Bandar Tegal di Jawa Tengah, Indonesia.

Ketua Polis Bandar Tegal, Jaka Wahyudi berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa mangsa di mana kejadian cabul berlaku pada akhir Februari.

Menurutnya, suspek berusia 25 tahun dan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di rumahnya.

"Pada awalnya pengadu meminta kedua-dua mangsa tidak bermain air di depan rumah suspek.

"Mangsa kemudian memberitahu sedang menunggu suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bandar Tegal, Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka kaum sejenis sejak tamat sekolah... Lelaki kantoi cabul anak jiran, siap curi seluar dalam bapa mangsa

Selepas ditanya lanjut mengenai perkara itu, mangsa menjelaskan bahawa mereka sebenarnya telah dicabul oleh suspek.

"Ibu bapa salah seorang mangsa kemudian membawa anak mereka ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sebelum membuat laporan polis," kata Jaka.

Tambah Jaka, suspek cuba untuk melarikan diri daripada ditahan pihak polis.

"Hasil siasatan mendapati suspek akan melarikan diri dengan menaiki bot nelayan," katanya.

Sebagai peringatan, perbuatan mencabul adalah salah dari segi undang-undang, maka semua pihak perlu menjauhinya.

Suspek kini dalam tahanan polis, atas pendakwaan di bawah akta perlindungan kanak-kanak. - Kompas

Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain