suria

Doktor terlampau! Didakwa miliki ribuan foto, video pornografi kanak-kanak.... rakam guna kamera tersembunyi

Seorang doktor berdepan pertuduhan memiliki koleksi pornografi kanak-kanak. foto BayState Health

SEORANG doktor pelatih merakam dirinya memeriksa kanak-kanak menggunakan kamera yang disembunyikan dalam gelang, dakwa polis.

Dr Bradford didakwa mengumpul koleksi pornografi kanak-kanak, serta merakam kanak-kanak secara sembunyi semasa peperiksaan perubatan.

Lelaki berusia 32 tahun itu dinafikan ikat jamin ketika hadir ke mahkamah persekutuan Boston di Amerika Syarikat, pada Selasa bagi menghadapi pertuduhan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis gantung diri selepas temui imej pornografi kanak-kanak dalam telefon kekasih

Susulan pendedahan itu, pangsapurinya di Amherst, Massachusetts, termasuk rumah agam ibu bapanya di Winchester digeledah pihak berkuasa.

Polis mendedahkan terdapat beribu-ribu imej dan video tidak senonoh melibatkan kanak-kanak yang disimpan dalam 61 peranti.

Dr Bradford juga dituduh menggunakan barang kemas yang dilengkapi kamera tersembunyi untuk merakam kanak-kanak seawal enam tahun.

Siasatan bermula pada Januari lalu selepas didapati imej terlarang melibatkan kanak-kanak bawah umur disyaki telah dimuat naik menerusi satu akaun Google.

Dua daripada muat naik tersebut dilakukan menggunakan alamat IP berhampiran sekolah perubatannya dan kandungan selanjutnya didapati telah dimuat naik di alamat IP di rumah keluarganya.

Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya.

Hakim Majistret, Jennifer C. Boal memerintahkan doktor berkenaan berada dalam tahanan sehingga perbicaraan seterusnya pada 21 Mac. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain