suria

Lelaki di sebalik maskot lusuh sanggup jalan kaki 20km, siap bawa anak nombor 2... Gigih cari duit demi keluarga

Anto yang juga seorang badut jalanan berjalan 20km sehari demi mencari rezeki.

SEORANG badut jalanan, Anto, 30, sanggup berjalan sejauh 20 kilometer (km) setiap hari bagi menyara tiga anak dan isterinya.

Anto merupakan seorang pemandu, namun terpaksa mencari alternatif lain selepas dia kehilangan kerja.

“Ya, lebih kurang 20km setiap hari,” kata Anto ketika ditemui Kompas.com diJakarta Selatan pada Jumaat.

Anto yang merupakan penduduk Depok, Jawa Barat menjelaskan setiap hari dia keluar bersama anak keduanya dari rumah sewa mereka pada pukul 11 pagi.

Anto dan anaknya akan berjalan di sekitar Jakarta Selatan untuk mencari rezeki sambil memakai maskot lusuh itu.

Jelas Anto, dia tidak pernah menari atau meminta daripada orang ramai.

Sebaliknya, dia hanya bergantung kepada belas ihsan pemandu atau pejalan kaki yang lalu lalang ketika dia berehat di tepi jalan.

“Nanti pulang jam 9 atau 10 malam. Ya, balik lagi, naik kereta ke Depok,” kata Anto.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain