suria

Cinta sejati murid dan guru berputik di sekolah… Penantian 5 tahun berbaloi, kini jadi suami isteri

Pelajar lelaki menikahi gurunya selepas jatuh cinta lima tahun lalu.

SEORANG murid lelaki yang jatuh cinta pandang pertama terhadap gurunya akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan wanita berkenaan.

Difahamkan pelajar itu perlu menunggu guru tersebut selama lima tahun sebelum pasangan ini memutuskan untuk berkahwin pada 7 Mac lalu.

Hubungan percintaan mereka mula berputik di sekolah dan sikap tidak berputus asa murid berkenaan membuatkan guru perempuan itu terbuka hati untuk menerimanya.

Walaupun jurang usia pasangan ini lima tahun, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk merema bersama-sama mengecapi kebahagiaan.

Video perkahwinan guru perempuan bersama dengan suami yang juga bekas anak muridnya itu dimuat naik di TikTok oleh @silviahelena42 dan menjadi tular.

"Pelajar lelaki menikahi gurunya selepas jatuh cinta dari awal. Berbeza umur lima tahun tidak memudarkan cinta pelajar lelaki.

"Setelah menunggu selama lima tahun, dia melamar guru cantik itu," tulis individu berkenaan pada hantaran tersebut.

Kejadian tersebut bagaimanapun berlaku di negara jiran kita, Indonesia namun menjadi tular sehingga ke negara ini.

Menerusi video tular, pasangan itu menunjukkan kad kahwin mereka yang mengenakan busana berwarna putih. - SERAMBI NEWS

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain