suria

Bapa saudara enggan bertanggungjawab, wanita dibunuh selepas beritahu diri hamil... Mayat dicampak bawah jambatan

Kes pembunuhan tersebut dikatakan berpunca daripada hubungan terlarang. Gambad sekadar hiasan

MENYAYAT hati!

Seorang wanita dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya, dipercayai kerana mangsa meminta lelaki tersebut bertanggungjawab selepas mendapati dirinya hamil.

Mayat wanita yang dikenali dengan nama Nor Azizah, 26, ditemui di bawah jambatan yang terletak tidak beberapa jauh dari rumah mangsa di Kubu Raya, Kalimantan Barat, dalam keadaan berlumuran darah kerana kesan lukan tikaman.

Motosikal mangsa turut ditemui tidak jauh dari lokasi mayatnya ditemui.

"Mayat mangsa ditemui di bawah jambatan oleh keluarganya. Ketika itu ibu mangsa mengarahkannya mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah selepas keluar seketika.

"Apabila sampai, mereka sekeluarga menemui motosikal tersebut dan menemui mangsa di bawah jambatan," kata pegawai kanan polis, Arief Hidayat.

Susulan penemuan mayat wanita tersebut, polis melancarkan siasatan hingga membawa kepada penangkapan suspek yang merupakan bapa saudara mangsa yang bernama Hudi.

Suspek berjaya ditahan selepas enam hari mayat wanita itu ditemui.

"Penjenayah ini bersembunyi selama 6 hari, kemudian kami tangkap di rumah keluarga di Ketapang," kata Arief lagi.

Arief berkata, berdasarkan hasil siasatan awal, suspek terdesak untuk membunuh mangsa kerana bimbang hubungan 'gelap' antara mereka diketahui selepas mangsa dikatakan hamil hasil hubungan mereka.

"Kerana panik, suspek diminta bertanggungjawab, akhirnya nekad membunuh mangsa," jelasnya.

Ketika ini suspek sedang menjalani siasatan lanjut oleh pihak polis. - Detik

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain