SATU pasangan dikejutkan dengan sup daging yang dipesan mengandungi bangkai seekor tikus. Eunice Lucero-Lee berkongsi gambar yang menunjukkan bangkai seekor tikus di dalam supnya. Rata-rata netizen membuat perbandingan insiden itu dengan filem Disney pada 2007, Ratatouille. Ia mengisahkan seekor tikus yang mempunyai bakat masakan, membantu seorang tukang masak yang baru bekerja untuk membuat sup yang lazat sehingga menjadi hidangan istimewa. ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan dihantui misteri bangkai tikus, najis kuda dibuang depan rumah tanpa henti Kejadian berlaku di sebuah restoran Korea di Manhattan, New York di Amerika Syarikat. Menurut laporan New York Post, Eunice berkunjung ke restoran itu bersama suaminya. Susulan kejadian itu, dia memberi amaran kepada orang lain untuk tidak datang ke restoran tersebut yang masih beroperasi. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube