suria

Ajal di luar balai polis... suami maut dipukul selepas pujuk isteri pulang dari rumah skandal

Pergaduhan berlaku di hadapan balai polis.

SEORANG lelaki maut selepas terbabit dalam pergaduhan dengan kekasih isterinya di hadapan sebuah balai polis.

Kejadian berlaku di Nonthaburi dekat Bangkok, Thailand pada Rabu malam.

Menurut saksi, lelaki berusia 41 tahun bernama Suwat membawa isterinya, Bee, 30, ke Balai Polis Bang Mae Nang di Nonthaburi untuk menyelesaikan masalah hubungan mereka.

Turut hadir di balai polis adalah Wichai iaitu kekasih isterinya berusia 35 tahun.

Dalam pertemuan tersebut, seorang pegawai polis memberikan beberapa cadangan, tetapi malangnya tidak menemui jalan penyelesaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kantoi curang melalui rakaman kamera monitor bayi, suami ancam bunuh orang ketiga

Keadaan semakin tegang menyebabkan Suwat dan Wichai bertengkar di luar balai polis, dan berlakunya pergaduhan.

Dalam pergaduhan itu, Suwat dipukul dengan kuat sebelum jatuh ke tanah dan tidak sedarkan diri.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan melakukan bantuan pernafasan kepada Suwat selama lebih 20 minit.

Bagaimanapun, Suwat disahkan meninggal dunia.

Polis melaporkan bahawa isteri Suwat, Bee, telah lama menjalin hubungan sulit dengan Wichai.

Pada malam kejadian, Suwat pergi ke rumah Wichai untuk menggesa Bee supaya pulang ke rumah.

Mereka bagaimanapun tidak mempunyai persefahaman dan memutuskan untuk ke balai polis bagi menyelesaikan situasi yang berlaku.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - thethaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain