suria

3 hari tak hadir ke sekolah, rupanya pelajar perempuan ditemukan mati tergantung di bilik asrama

Seorang pelajar ditemukan meninggal dunia. -gambar hiasan

TIGA hari tidak hadir ke sekolah membawa kepada penemuan seorang pelajar perempuan yang menggantung diri di bilik asrama.

Kejadian yang melibatkan mangsa yang berusia 17 tahun itu berlaku di Kota Pagaralam di Sumatera Selatan, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pagaralam, AKP Mursal Mahdi berkata, mangsa meninggal dunia dalam keadaan tergantung di bilik asrama kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Pada awalnya dua rakan mangsa curiga kerana mangsa tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang alasan.

"Mereka kemudian datang untuk bertanya khabar dengan mengetuk pintu bilik mangsa tetapi tiada jawapan.

"Namun, setelah diintai dari tingkap, mereka nampak mangsa dalam keadaan tergantung," kata Mursal..

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh guru cuba bunuh diri, tipu pelajar pakej pelancongan ke Jepun lebih RM260,000

Berdasarkan hasil pemeriksaan, polis tidak menemui sebarang tanda keganasan pada badan mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mangsa disyaki mati membunuh diri," katanya.

Menurut keterangan beberapa saksi, mangsa disyaki mengalami masalah cinta dan beberapa hari sebelum kejadian, mangsa bergaduh dengan kekasihnya.

"Bagaimanapun, kita masih menyiasat punca kejadian," kata Mursal.

Sebagai peringatan, perbuatan bunuh diri adalah haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain