suria

Misteri penemuan tulang, cebisan anggota badan belakang rumah... lelaki mati tergantung selepas isteri hilang lebih seminggu

Pasukan penyelamat melakukan pemeriksaan di sebuah kolam.

PENEMUAN tulang dan cebisan anggota badan di belakang rumah seorang lelaki yang ditemukan membunuh diri, dipercayai milik isterinya yang hilang selama lebih seminggu.

Ibu bapa kepada wanita yang hilang itu mempercayai anak mereka dibunuh oleh suaminya sebelum lelaki tersebut menggantung diri.

Kejadian berlaku di wilayah Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand.

Pada 13 Mac lalu, Sittichoke yang berusia 30 tahun menghantar mesej melalui Facebook kepada ibu mentuanya: "Saya marah, ia melampau sangat. Saya minta maaf ibu."

Ibu bapa kepada Suthita atau Nam yang berusia 25 tahun, bergegas ke rumah menantu mereka dan mendapati Sittichoke menggantung diri.

Bagaimanapun, anak perempuan mereka tidak dijumpai.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 hari tak hadir ke sekolah, rupanya pelajar perempuan ditemukan mati tergantung di bilik asrama

Ibu bapa Nam memfailkan laporan orang hilang di Balai Polis Khon Buri, menyatakan bahawa kali terakhir mereka melihatnya ketika anak perempuan mereka meninggalkan rumah bersama suaminya pada 11 Mac lalu.

Menurut laporan CH3, tulang dan bahagian badan seperti manusia ditemui di dalam kolam di belakang rumah suami isteri itu pada Ahad, dan terdapat kesan abu di sekitar rumah.

Hasil bedah siasat mengesahkan ia milik anak perempuan mereka.

Selepas menerima mesej pelik daripada Sittichoke sebelum dia menggantung diri, ibu bapa Nam percaya bahawa menantu mereka membunuh anak perempuan mereka dan cuba menyembunyikan bukti sebelum menggantung dirinya kerana bersalah.

Sebagai peringatan, perbuatan ini adalah salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - thethaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain