SEORANG lelaki warga emas ditahan oleh pihak polis atas kesalahan mencabul dua orang gadis bawah umur. Dalam kejadian yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia itu, suspek yang berusia 66 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa yang merupakan cucu dan ahli keluarganya sendiri. Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis, Iptu Gatot Tri Hartanto, kegiatan keji warga emas itu terbongkar pada Februari lalu apabila dia meraba alat sulit salah seorang mangsa yang berusia 13 tahun pada ketika itu, sewaktu sedang tidur di hadapan televisyen. Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut disedari oleh ahli keluarga mangsa. Keluarga yang berang dengan perbuatan warga emas tersebut bertindak melaporkan kejadian kepada pihak polis, lalu suspek diberkas. Susulan daripada kejadian, polis mendapati bahawa ini bukan kali pertama suspek melakukan hal sedemikian. Sebelum ini, suspek juga pernah mencabul cucunya sendiri yang berusia 12 tahun. Suspek telah didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh di hukum penjara 5 hingga 15 tahun. - KOMPAS Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube