suria

Pasangan cari kubur untuk hari kematian, kongsi harga 'kayangan' siap pakej siram pokok automatik

Pasangan ini mencari kubur untuk ditanam sebagai persiapan hari mati.

“RASANYA memilih kubur tempat kita ditanam sewaktu masih hidup ternyata menyedihkan.”

Begitulah diungkapkan seorang wanita dalam videonya yang tular sebelum dimuat naik semula oleh pelayar @TikTokBerguna baru-baru ini.

"Jom lihat tanah kubur T20 di Indonesia", tulisnya dalam ciapan tersebut.

Dalam rakaman video di TikTok @FannyKondoh, sepasang suami isteri ini merancang untuk membeli tanah kubur dengan harga mencecah ribuan ringgit.

Jelas wanita itu, dia dan suami digelar Paksu mencari tanah kubur yang sesuai untuk mereka berdua disemadikan kelak.

Sebagaimana dikongsikan, dua buah kawasan itu terletak di San Diego Hills dan di Al-Azhar Jakarta, Indonesia.

Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi senarai harga bagi setiap pakej tanah kubur yang disediakan di San Diego Hills.

Bagi kategori ‘single’ berharga 64 juta rupiah (RM18,805), ‘semi private’ bernilai 458 juta rupiah (RM133,785) dan ‘private’ berharga 850 juta rupiah (RM249,370).

Mereka juga turut menjelaskan terdapat juga pakej di Al-Azhar bagi makam yang single bermula dari harga RM11,721 sewaktu menziarahi kubur di sana.

Menurut pasangan itu, mereka memilih tanah kubur dengan harga sedemikian kerana menginginkan tempat pemakaman golongan muslim dan terdapat masjid yang mengalunkan ayat suci Al-Quran.

Malah, sistem menyiram pokok secara automatik membuatkan pokok-pokok yang berada di kawasan kubur tersebut akan lebih terurus.

"Saya masih belum ada anak. Saya tak berharap juga seorang atau anak-anak akan uruskan tanah kubur saya," katanya.

Dikatakan Allahyarham Ashraf Sinclair dikebumikan di San Diego Hills dan pasangan ini terserempak dengan balunya, Bunga Citra Lestari semasa sedang memilih pusara mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain