SEORANG janda menghabiskan masa bertahun-tahun merancang untuk membalas dendam terhadap penjenayah yang membunuh suaminya. Sepanjang tempoh itu, wanita berkenaan menggoda lelaki tersebut dan mengumpulkan bahan bukti terhadap pelbagai kegiatan jenayahnya. Ia mungkin kedengaran seperti dalam filem Hollywood, namun itu yang dilakukan oleh seorang wanita dari Cordoba, Colombia. Motif wanita tersebut hanya untuk membalas dendam terhadap lelaki yang mengakibatkan kematian suaminya. Selepas kematian suaminya, wanita itu mula masuk ke dalam rangkaian sosial pelaku yang dikenali sebagai Juancho. ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku janda, wanita berstatus isteri orang kantoi berkahwin kali ketiga senyap-senyap tanpa pengetahuan suami Mengenali lelaki itu secara perlahan-lahan, dia turut menggodanya sehingga lelaki berkenaan jatuh cinta padanya. Kerana terlalu percayakan wanita itu, Juanco berkongsi maklumat tentang urusan jenayahnya. Kesemua maklumat itu kemudian dijadikan bukti sebelum diserahkan kepada pihak berkusa. Polis mengesyaki Juanco sejak 2020, namun tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwanya. Segala bahan bukti yang dikumpul oleh janda itu membawa kepada penahanan Juanco. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube