SEORANG lelaki berusia 24 tahun diculik dan diseksa kerana didakwa melakukan penipuan mata wang kripto. Mangsa, Adam Pleterski yang digelar sebagai raja kripto dituduh membelanjakan wang hasil penipuan untuk membayar jet peribadi, kereta dan percutian mewah. Menurut dakwaan, dia hanya melabur dua peratus daripada £13 juta (RM70.41 juta) wang yang diserahkan oleh pelanggannya. Tahun lalu, ayah Pleterski membuat pendedahan bahawa anaknya telah diculik dan diseksa. "Mereka menahannya selama kira-kira tiga hari, membawanya ke beberapa bahagian di selatan Ontario, memukulnya dan menyeksanya," dedah bapa mangsa. Pleterski kini melalui prosiding muflis selepas pihak berkuasa Kanada cuba mengesan wang pelanggan yang hilang selepas diserahkan kepadanya untuk tujuan pelaburan kripto. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube