suria

Isteri lapor polis selepas terjumpa kamera tersembunyi di bilik mandi, rupanya suami pasang nak intai anak

Kamera tersembunyi itu dipasang di bilik mandi tetamu di kediaman mereka. Gambar hiasan. Foto: Freepik

SEORANG isteri membuat laporan polis terhadap suaminya selepas mendapati terdapat kamera tersembunyi yang dipasang di bilik mandi tetamu di kediaman mereka, di Redding, California.

Wanita itu menghubungi polis pada 8 Mac lalu dan memberitahu bahawa dia menjumpai 'peranti rakaman video rahsia' di bilik mandi tetamu di rumahnya, di mana dia khuatir suaminya memasang alat tersebut untuk merakam anak-anak mereka menggunakan bilik mandi.

Detektif memperoleh waran untuk menggeledah peranti tersebut.

Apa yang mengejutkan, mereka menemui lebih daripada 900 imej pornografi kanak-kanak pada peranti tersebut.

"Video itu menunjukkan kanak-kanak dan orang dewasa menggunakan bilik mandi yang kelihatannya tidak menyedari mereka sedang dirakam," kata polis.

Pegawai polis kemudian menahan suami wanita tersebut yang berusia 34 tahun pada 16 Mac.

Dia didakwa dengan tuduhan berkaitan memiliki pornografi kanak-kanak dan 'rakaman individu tidak berpakaian'" kata kenyataan itu.

Media tidak menamakan lelaki itu untuk melindungi identiti anak-anaknya. - TheStar/Tribune

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain