suria

Usahawan kosmetik senang hati miliki ‘handbag’ emas bernilai lebih RM160,000 - “Beg tangan biasa dah banyak”

Usahawan ini menunjukkan beg tangan yang diperbuat daripada emas.

"INILAH beg tangan mewah yang sebenar!"

Seorang wanita menjadi perhatian di media sosial gara-gara memiliki sebuah beg tangan diperbuat daripada emas.

Lebih menarik perhatian apabila rekaan aksesori mewah itu kelihatan seperti beg tangan daripada jenama mewah antarabangsa.

"Alhamdulillah, Mashallah, Tabarakallah... beli tas (beg tangan) emas lagi.

"Harganya mencecah 553 juta (Rupiah) (RM161,428)," kata wanita yang berasal dari Indonesia itu.

Resit yang menunjukkan pembelian bernilai 553 juta Rupiah.

Menerusi video berdurasi 29 saat yang dimuat naik di TikTok, wanita yang merupakan pengusaha produk kecantikan bernama Mira Hayati berkata, dia berbangga memiliki beg tangan berkenaan.

"Bangga sangat ada koleksi beg emas Dior (replika). Kalau beg tangan biasa sudah banyak, ada beberapa. Tapi yang betul-betulnya 'real' ini adalah beg emasnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas mengidam Lamborghini, bakal ibu mahu mewahkan anak dalam kandungan pula... beli beg baby RM50,000!

Setakat ini, video yang dimuat naiknya meraih lebih 11 juta tontonan dan 470,000 tanda suka (like) di akaun TikTok @_mirahayati.

Menurut laporan tribunnews, wanita itu merupakan pengusaha produk kecantikan dari Makassar, Indonesia yang ditubuh pada Julai 2020.

Produk tersebut mempunyai 20,000 pengedar di seluruh Indonesia.

Mira Hayati berbangga dengan beg tangan emasnya.

Ditanya sama ada dia merupakan isteri kepada orang kenamaan tertentu, wanita itu hanya hanya menjawab dia hanyalah orang kampung.

Di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan beg tangan emas yang diperagakan wanita itu.

"Emas bukan sebarang emas.

"Saya ni jangankan gelang, cincin pun tak ada.

"Senangnya jadi orang kaya.

"Beg tangan emas macam ni, saya akan pamerkan dalam almari lutsinar yang kalis peluru," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain