suria

Kasih sayang seorang ayah... Tahanan peluk erat anak perempuan di luar sel, sempat bergurau lepas rindu

Video seorang tahanan memeluk anak perempuannya di luar sel menyentuh hati netizen.

TULAR video memaparkan seorang tahanan memeluk erat anak perempuannya ketika kanak-kanak tersebut melawatnya di sel polis.

Menerusi video tersebut, kelihatan tahanan yang bernama Aceng meriba anak perempuannya sambil memeluk kanak-kanak itu, malah sempat melayani keletahnya yang mahu bergurau senda.

Difahamkan, pada mulanya kedua beranak itu hanya mampu meluahkan rasa rindu di sebalik tirai besi.

Namun seorang petugas kemudiannya bertindak membuka pintu sel Aceng bagi membolehkan lelaki itu memeluk anak perempuannya.

Video berkenaan menjadi tular selepas dimuat naik di akaun Instagram @undercover.id.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan lebih lanjut mengenai kesalahan Aceng yang ditahan di sel polis di Jambi.

Ternyata video berkenaan mengundang rasa sayu dan simpati warga maya yang melihat kasih sayang antara kedua beranak tersebut.

"Seperti filem tapi bukan filem.

"Mungkin dia gagal menjadi orang baik, tapi dia tak gagal menjadi ayah," demikian antara komen netizen. - Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan