suria

Pelik tandas tersumbat tak boleh 'flush', rupanya ada ular gergasi seberat 23kg... tersepit dalam sambungan paip

Cubaan menarik keluar seekor ular sawa gergasi itu gagal.

SEEKOR ular sawa gergasi seberat 23 kilogram (kg) ditemui terperangkap di dalam mangkuk tandas sebuah kediaman.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Thailand baru-baru ini.

Memetik laporan Thaiger, kisah itu mula dikongsi di grup Facebook All About Thailand Snakes pada 17 Mac lalu.

Seorang pelayar bernama Chang Lantanoy berkata, pemilik rumah tersebut pada awalnya tidak dapat mengepam tandas sebelum kemudian menyedari terdapat sesuatu di dalam mangkuk tandas.

Namun, ketika cuba menangkap ular itu, reptilia tersebut didapati terlalu besar dan tersepit di dalam paip.

Susulan daripada itu, pasukan penyelamat kemudian terpaksa memutuskan sambungan paip.

Mereka kemudiannya memotong separuh bahagian paip untuk mendapatkan ruang yang mencukupi bagi mengeluarkan reptilia besar itu.

Akhirnya, ular tersebut dapat dikeluarkan tanpa melibatkan sebarang kecederaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain