suria

Umur masih panjang... Nenek uzur dihanyutkan sungai sejauh 3km, berjaya diselamatkan oleh pemancing

Lelaki ini berjaya menyelamatkan seorang nenek terapung dibawa arus sungai.

SEORANG wanita berusia 80 tahun terjatuh ke dalam Sungai Nan di wilayah Pichit, utara Thailand.

Bagaimanapun, warga emas itu terapung sejauh 3 kilometer sebelum dia diselamatkan oleh seorang lelaki.

Berikutan kejadian, seorang pemilik sebuah kedai cat, Bancha Simadua, 61, sedang memancing di Sungai Nan berhampiran Wat Ratchachang Kwan.

Tiba-tiba dia ternampak mayat dalam keadaan bogel menyusuri sungai melepasinya, yang diandaikan sebagai mayat pada kejadian jam 4 petang.

Tanpa berlengah, Bancha segera memanggil polis ke tempat kejadian, melompat ke dalam botnya dan memandu keluar ke ‘mayat’.

Apabila individu yang disangkakan mayat semakin menghampiri, dia melihat mata wanita tua itu terbuka.

Terkejut dengan perkara itu, dia menyedari wanita itu masih hidup dan memerlukan bantuan.

Katanya, terdapat sebatang kayu yang menyokong belakang wanita itu menghalangnya daripada lemas.

Dia menarik warga emas itu ke atas botnya lalu membawanya ke darat dan menunggu pihak berkuasa tiba.

Bancha kemudian mendapat tahu bahawa nama wanita tua itu ialah Nenek Boonchuey dari mukim Paktang di daerah Mueang Phichit.

Nenek Boonchuey terapung di sungai sejauh lebih 3km itu bagaimanapun selamat dan telah pulang ke rumah.

Nenek yang sudah nyanyuk itu tidak ingat bagaimana dia berada di sungai.

Ketika wartawan pergi ke rumahnya untuk memeriksanya, dia mendapati nenek tinggal bersendirian kerana suaminya meninggal dunia bertahun-tahun yang lalu. - THAIGER

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTu

Artikel Lain