suria

Enggan jejaskan misi, angkasawan dedah tidak dapat berpuasa ketika berada di angkasa lepas

Angkasawan itu tidak akan berpuasa di angkasa lepas kerana mahu menjalani misinya dengan lancar.

ANGKASAWAN, Sultan AlNeyadi yang terbang ke arah graviti sifar dengan misi Crew-6 telah memulakan bulan suci Ramadan di angkasa lepas.

Angkasawan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu merupakan rakyat pertama negara tersebut yang melakukan misi jangka panjang di luar bumi.

"Ramadan Mubarak. Semoga anda semua dipenuhi dengan keberkatan sepanjang bulan ini. Berkongsi pemandangan malam yang indah dari Stesen Angkasa Antarabangsa dengan anda semua," ujarnya menerusi ciapan di Twitter.

AlNeyadi bagaimanapun tidak akan dapat berpuasa kerana keperluan operasi bekerja di angkasa lepas.

Sebelum berlepas ke Stesen Angkasa, dia telah berkata bahawa dia tidak boleh melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan misi atau mungkin membahayakan anak kapal.

"Kami akan lihat bagaimana keadaannya. Kami sebenarnya dibenarkan makan makanan yang mencukupi untuk mengelakkan kekurangan nutrisi dan sebagainya," kata angkasawan itu.

Dia akan terlibat dalam 19 eksperimen khusus semasa berada di Stesen Angkasa. - India Today.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain