suria

Kerana mulut badan binasa... Lelaki bunuh kawan sendiri sebab sakit hati digelar ‘bodoh’

Suspek kini berada dalam tahanan polis.

POLIS menahan seorang lelaki yang didakwa membunuh rakannya sendiri dengan menikam dan menetaknya di kawasan Tanah Abang, Jakarta, baru-baru ini.

Menurut polis, suspek bertindak kejam akibat sakit hati kerana dihina dengan gelaran 'bodoh' oleh mangsa.

"Motifnya kerana dia sakit hati digelar bodoh," kata Ketua Siasatan Jenayah Polres Metro Jakarta Pusat Hady Saputra Siagian dalam sidang media pada Jumaat.

Menurut Siagian, suspek dan mangsa merupakan kawan lama.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika suspek sedang berada di bawah pengaruh alkohol.

"Jadi mangsa dan suspek adalah kawan lama, mungkin terpengaruh dengan alkohol sehingga mangsa ditikam,” jelasnya lagi.

Dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Jakarta Pusat untuk tindakan selanjutnya. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain