suria

Nyaris 'hilang' nyawa... tali 'bungee jumping' terputus, pelancong terjunam jatuh dalam air

Insiden tali bungee terputus hampir membunuh seorang pelancong dari Hong Kong bulan lepas.

SEORANG kakitangan dari Taman Safari Chang Thai Thappraya di Pattaya, wilayah Chon Buri, timur Thailand, mengulas mengenai insiden tali bungee putus yang hampir membunuh seorang pelancong dari Hong Kong bulan lepas.

Pengendali lompat bungee, Natthaphon Yokcharoen, 41 tahun, membawa wartawan melihat tempat kejadian, sebuah platform setinggi kira-kira 30 meter di atas tasik.

Dalam pada itu, Nattaphon berkata bahawa semua pelompat bungee dikehendaki menandatangani dokumen sebelum melompat.

Malah, kakitangan akan menunjukkan cara ia dilakukan sebelum pelancong melakukan lompatan.

“Hari kejadian, pelancong datang melompat bungee dan berlaku kemalangan. Talinya putus dan seorang pelancong jatuh ke dalam air.

“Kami membawanya terus ke hospital swasta dan doktor memberitahu dia tidak cedera apa-apa, seperti yang dinyatakan dalam sijil perubatan yang diterima daripada hospital.

“Saya bertanya kepada doktor sama ada selamat untuk pelancong itu terbang keluar negara, dan doktor berkata tiada masalah,” kata Nattahphon.

Kemudian, dia bercakap dengan pelancong dan jabatan perakaunan dan meminta mereka memberikan pampasan sehingga pelancong itu berpuas hati.

“Masa tu pelancong tu okay je dengan pampasan yang kami tawarkan.

“Thappraya Safari telah dibuka selama tujuh tahun dan tiada perkara seperti ini pernah berlaku. Semua peralatan kami dilesenkan. Saya ingin memohon maaf atas kejadian ini,” jelasnya.

Nampaknya Natthaphon tidak menyatakan mengenai jangkitan paru-paru pelancong dan mengenai perjalanan ke hospital apabila kembali ke Hong Kong, atau kerosakan emosi yang disebabkan oleh berdepan dengan situasi hampir bertemu kematian.

Bagaimanapun, Chang Thai Thapparaya Safari masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu. - THE THAIGER

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain