KANAK-kanak antara 15 yang cedera selepas sebuah permainan di tapak pesta tiba-tiba tidak berfungsi dan runtuh. Sekurang-kurangnya 25 individu berada di atas buaian menara itu sebelum kabelnya putus dan jatuh terhempas ke tanah, dalam kejadian di Rajasthan, India. Buaian menara ini terhempas dan mengejutkan pengunjung. -foto Jam Press/Rare Shot News) Rakaman menunjukkan permainan itu sedang berpusing di udara, sebelum ia tiba-tiba terhempas diikuti bunyi dentuman. Suara jeritan kanak-kanak kedengaran dan orang ramai yang berada di situ hanya mampu melihat. Difahamkan, sebaik sahaja buaian itu terhempas pengendali yang bertanggungjawab melarikan diri dari tempat kejadian. Kanak-kanak antara mangsa yang cedera. -foto Jam Press/Rare Shot News Polis dan ambulans bergegas ke tapak pesta itu dan mangsa dikejarkan ke hospital. Ini bukan kali pertama kejadian buaian tidak berfungsi di India. Pada Februari, berlaku insiden buaian pusing rosak menyebabkan penumpang terjuntai. -Metro UK Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube